Saturday 20 August 2011

mAaFkAn AkU KEKASIH

          JOM ZIARAH MEKAR !



MAAFKAN AKU KEKASIH...

Maafkan Aku kekasih,
Kerana aku sentiasa tidak adil dalam hubungan ini,
Aku tidak pernah berbuat baik padaMu
Seperti Kau berbuat baik padaku,
Aku tidak pernah mampu setia pada janji2ku padaMu,
Seperti Kau berpegang pada janji2Mu,
Aku tidak pernah mampu mendengarkan ayat2 suci kiasan cintaMu,
Seperti Kau yang tidak pernah jemu mendengar aduan dan keluhanku saban waktu,
Aku tidak akan pernah mampu mengikuti segala suruhanMu,
Seperti Kau yang tidak pernah berkira menunaikan permintaan2 dalam doaku,
Maafkan aku Kekasih,
Atas segala saat2 alpaku padaMu,
Sedangkan saat2 itu adalah pinjamanMu jua,
Maafkan aku atas segala janji2 yang aku khianati,
Meskipun ini entah kali yang keberapa,
Maafkan aku bila aku terlupa berterima kasih atas nikmat2Mu,
Bilamana Kau bisa menariknya bila2 masa,
Maafkan aku bila aku hilang percaya dan buruk sangka padaMu,
Sedangkan ujian2 itu adalah tanda kasihMu supaya aku lebih ingat padaMu,
Maafkan aku bila aku tidak jujur padaMu,
Dan mengasihi hambaMu lebih dari cintaku padaMu,
Sedangkan Kaulah pemilik mutlak diriku dan segala yang ada padaku,
Maafkan aku.....
Kerana aku hanyalah hamba biasa yang ingin jadi kekasihMu,
Meskipun aku tidak akan pernah mampu,
Aku ingin menjadi hambaMu yangLUAR BIASA!


No comments:

Post a Comment